Jumaat, 10 Disember 2010
ILLUMINATI DAN SUBLIMINAL MESSAGES
Selasa, 7 Disember 2010
STRATEGI KESELAMATAN DISEBALIK HIJRAH NABI
Isnin, 6 Disember 2010
TUNJUKILAH JALAN YANG LURUS
Bismillah.
Alhamdulillah hari ini imanku masih di dalam hati. Masih ditunjuki jalan yang lurus untuk meneruskan perjalanan di dunia yang penuh liku-liku,simpang-simpang dan selekoh-selekoh maut.
Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat keenam yang bermaksud: Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة | ||
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ | |
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. | الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ | |
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ | |
Yang menguasai di Hari Pembalasan | مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ | |
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. | إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ | |
Tunjukilah kami jalan yang lurus, | اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ | |
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. | صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ |
Ayat keenam adalah doa daripada seorang hamba kepada yang Maha Kuasa.Bila membicarakan tentang jalan yang lurus ini,ia adalah hidayah daripada Allah keatas hamba. Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawiy dalam Tafsir al-Sya’rawiy, hidayah terbahagi kepada dua iaitu,
i) petunjuk yang memberikan keterangan.
ii) petunjuk yang membawa kepada kemampuan melakukan sesuatu amalan.
Contohnya, kelebihan melakukan solat jemaah sudah pun difahami kebanyakan mukmin tetapi tidak semua mengamalkannya. Mungkin tidak mendapat hidayah yang membawa kepada kemampuannya untuk melaksanakan solat berjemaah.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnul Munzir,al-Tirmizi yang menganggap hadis ini hasan,al-Nasaiey, Abu Syeikh dan al-Hakim. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “ Allah membuat perumpamaan sirat al-mustaqim seumpama dua jalan di mana terdapat dua pagar. Pada pagar tersebut terdapat paintu-pintu yang terbuka. Dan pada pintu-pintu itu terdapat seorang yang berseru: ‘ wahai manusia, masuklah kalian belok!’ Di atas sirat ada penyeru yang mana apabila ada seorang yang ingin membuka pintu-pintu tersebut, penyeru akan berkata: ‘celakalah(hati-hatilah) kamu! Janganlah membukanya! Jika engkau membukanya,nanti kau akan terperosok ke dalamnya! ‘. Sirat ialah Islam. Pagar-pagar itu merupakan batasanNya. Pintu-pintu adalah laluan ke arah melakukan perkara yang ditegah(haram). Penyeru yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Penyeru di atas sirat pula adalah pemberi peringatan dari Allah yang ada dalam hati setiap Muslim”.
Maklumat di atas diambil dari ruangan tafsir oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed dalam Majalah Solusi isu no.7. Jadi pilihlah jalan yang telah Allah sediakan. Cuma terpulang kepada kita mahu mengikutnya ataupun membengkokkan jalan itu.
Bila berbicara soal jalan, ana teringat peristiwa di mana sesat di jalan raya. Pada 4hb Disember 2010, ana dan beberapa orang rakan telah pergi ke Selayang untuk menjadi sukarelawan Pusat Kebajikan Masyarakat. Kami menaiki motosikal dan kereta. Ana bawak moto dan nilah first time ana bawak moto sejauh itu. Berbekalkan ‘lesen cap ayam’, ana beranikan diri. Selama ni, ana bawak sekitar PJ je, so, takde lah masalah. Perjalanan ke Selayang ambil masa sejam jugak kot sebab kami tak tahu jalan dan follow kereta. Perjalanan pergi dan program di sana berjalan lancer. Tapi, lepas Maghrib, kami bertolak balik UM, moto 5 buah, kereta sebijik. Jalan jem la jugak, first jugak ana mencelah di tengah2 kereta, cuak jugak tapi hanya berdoa Allah selamatkan kami. Kami terpisah dengan kereta dan buat ijtihad sendiri untuk melalui jalan yang mana. Dengan keadaan moto yang ana bawak takde signal dan moto sahabat lain yang memang lampu tak nyala, kami semua berhati-hati. Memang kami sesat dan main redah je ikut jalan mana, daripada 5 buah moto, kami terpisah , 2moto dan 3moto. Yang 3moto dah masuk jalan yang betul tapi 2moto masuk jalan yang salah, ana dan 1 lagi moto masuk simpang Cheras,Kajang. Ana lagi rasa cuak, dah la tak pernah bawak moto malam-malam, dengan keadaan moto yang tak sempurna, dalam hati hanya ingat Allah. Dan sekali lagi Allah menguji kami, ana dan kawan ana terpisah lagi, tinggallah ana dan pembonceng untuk berijtihad memilih jalan. Ana rasa macam nak nangis lah jugak. Kami tenangkan hati dan rilaks je(dalam hati Allah je yang tahu). Jalan kat highway,bila dah salah masuk simpang, bukan senang2 nak u-turn. Kami dah menuju ke Kajang. Alhamdulillah, jumpa jalan u-turn. Alhamdulillah dah biasa jalan kat sini sebab selalu pergi Sg.Congkak kat H.Langat. Akhirnya jumpa jalan pulang ke UM setelah 2jam diatas jalan raya.
Pengalaman sesat ni banyak mengajar ana. Lepas dari pengalaman tu,ana bertambah yakin nak bawak moto dan bawak waktu malam. Dan jugak merasakan betapa bersyukur dan bertuahnya mendapat hidayah dari Allah dan smoga hati ini ditetapkan di jalan Allah. Sesat, semua orang takut apatah lagi jika sesat dari jalan Allah, sama seperti di jalan raya,Allah telah sediakan kita bermacam ‘papan tanda’ untuk menuju jalanNya,Cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat-buat tak nmpak signboard 2. Kalau di jalan raya pun kita boleh terbabas dan tersesat, apatah lagi di atas dunia yang penuh pancaroba ini. Di jalan raya, ada tempat untuk u-turn,begitu juga dengan kehidupan,bila melakukan kesilapan,kita boleh kembali bertaubat kepada Allah.
Apa-apa pun,sentiasalah memohon agar hati ini terus thabat dalam perjuangan islam.
9.00p.m
1 muharam 1432H
Rabu, 1 Disember 2010
10 PESANAN AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Selasa, 30 November 2010
Hikmah ianya rosak
Bismillah.
Assalamualaikum. Berbulan sudah blog ini dibiarkan bersawang,kalau boleh nampak, blog ni dahpenuh dengan serangga-serangga agaknya. Mungkin kekangan masa dan sikap diri sendiri yang malas untuk menulis. Faktor yang paling besar ialah diri sendiri sebab kalau nak cakap masa, lebih ramai orang yang lagi sibuk dari ana tapi blog mereka tetap diupdate setiap masa.Satu sebab yang merajinkan ana untuk menulis semula ialah dah berjanji pada diri selepas laptop kesayangan ni dirawat,ana akan mengupdatenya. Jadi terupdate lah blogku. Alhamdulillah..sayang lenovoku..
Bila bercerita mengenai laptopku yang rosak, banyak pengajarannya. Sebelum laptop ana rosak, laptop seorang sahabat rosak jugak (sampai sekarang). Ujiannya lagi besar, mungkin sampai berbulan atau bertahun laptop itu akan rosak. Moga Allah permudahkan urusan sahabatku. Laptop ana baru digunakan setahun lebih tapi dah rosak hard disk. Lepas tu,ana hantarlah ke kedai di API untuk dirawat. Tak sampai sehari,siap sudah. Jadi, banyaklah terbang duit-duitku kerana laptop ini. Tapi apa pun,Alhamdulillah.
Apa yang boleh dikatakan bila melalui situasi ni, ana rasa kadang-kadang manusia ni sangat banyak bergantung pada alatan yang manusia cipta sendiri. Macam analah,bila takde laptop, susah, nak buat assignments nak contact dengan kawan-kawan, nak buat kerja-kerja dakwah lain. Padahal benda tu boleh je nak buat tanpa ada laptop. Teknologi manusia sendiri yang telah melalaikan. Dan bila takde laptop,lagi banyak masa ana diluangkan untuk study dan membaca. Pengajaran di sini, jagalah laptop anda dan gunakanlah ia sebaiknya.
Selepas baiki laptop tu, ana tanyalah apa punca hard disk boleh rosak, jawapannya,sudah tiba masanya untuk rosak...hmmm..agaknya ana memang tak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Bila search dalam google,tak bayak maklumat jugak, 1 je..
Bila laptop kita selalu hang, then,kita offkan dia dan start semula. Tindakan reset semula ini menyebabkan hard disk mengalami bad sector dan rosak.(haha,patutlah,ana selalu lah jugak buat camni). Sepatutnya, cari punca laptop hang dan atasinya supaya hard disk tahan lama. Wallahua'lam..
Jumaat, 20 Ogos 2010
ISTIMEWANYA MEREKA
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al-A'raf:179
Fikir-fikirkanlah jenis mata yang bagaimana kita gunakan sekarang?