RSS

Isnin, 6 Disember 2010

TUNJUKILAH JALAN YANG LURUS


Bismillah.

Alhamdulillah hari ini imanku masih di dalam hati. Masih ditunjuki jalan yang lurus untuk meneruskan perjalanan di dunia yang penuh liku-liku,simpang-simpang dan selekoh-selekoh maut.

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat keenam yang bermaksud: Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة

1

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

3

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4

Yang menguasai di Hari Pembalasan

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ayat keenam adalah doa daripada seorang hamba kepada yang Maha Kuasa.Bila membicarakan tentang jalan yang lurus ini,ia adalah hidayah daripada Allah keatas hamba. Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawiy dalam Tafsir al-Sya’rawiy, hidayah terbahagi kepada dua iaitu,

i) petunjuk yang memberikan keterangan.

ii) petunjuk yang membawa kepada kemampuan melakukan sesuatu amalan.

Contohnya, kelebihan melakukan solat jemaah sudah pun difahami kebanyakan mukmin tetapi tidak semua mengamalkannya. Mungkin tidak mendapat hidayah yang membawa kepada kemampuannya untuk melaksanakan solat berjemaah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnul Munzir,al-Tirmizi yang menganggap hadis ini hasan,al-Nasaiey, Abu Syeikh dan al-Hakim. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “ Allah membuat perumpamaan sirat al-mustaqim seumpama dua jalan di mana terdapat dua pagar. Pada pagar tersebut terdapat paintu-pintu yang terbuka. Dan pada pintu-pintu itu terdapat seorang yang berseru: ‘ wahai manusia, masuklah kalian belok!’ Di atas sirat ada penyeru yang mana apabila ada seorang yang ingin membuka pintu-pintu tersebut, penyeru akan berkata: ‘celakalah(hati-hatilah) kamu! Janganlah membukanya! Jika engkau membukanya,nanti kau akan terperosok ke dalamnya! ‘. Sirat ialah Islam. Pagar-pagar itu merupakan batasanNya. Pintu-pintu adalah laluan ke arah melakukan perkara yang ditegah(haram). Penyeru yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Penyeru di atas sirat pula adalah pemberi peringatan dari Allah yang ada dalam hati setiap Muslim”.

Maklumat di atas diambil dari ruangan tafsir oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed dalam Majalah Solusi isu no.7. Jadi pilihlah jalan yang telah Allah sediakan. Cuma terpulang kepada kita mahu mengikutnya ataupun membengkokkan jalan itu.

Bila berbicara soal jalan, ana teringat peristiwa di mana sesat di jalan raya. Pada 4hb Disember 2010, ana dan beberapa orang rakan telah pergi ke Selayang untuk menjadi sukarelawan Pusat Kebajikan Masyarakat. Kami menaiki motosikal dan kereta. Ana bawak moto dan nilah first time ana bawak moto sejauh itu. Berbekalkan ‘lesen cap ayam’, ana beranikan diri. Selama ni, ana bawak sekitar PJ je, so, takde lah masalah. Perjalanan ke Selayang ambil masa sejam jugak kot sebab kami tak tahu jalan dan follow kereta. Perjalanan pergi dan program di sana berjalan lancer. Tapi, lepas Maghrib, kami bertolak balik UM, moto 5 buah, kereta sebijik. Jalan jem la jugak, first jugak ana mencelah di tengah2 kereta, cuak jugak tapi hanya berdoa Allah selamatkan kami. Kami terpisah dengan kereta dan buat ijtihad sendiri untuk melalui jalan yang mana. Dengan keadaan moto yang ana bawak takde signal dan moto sahabat lain yang memang lampu tak nyala, kami semua berhati-hati. Memang kami sesat dan main redah je ikut jalan mana, daripada 5 buah moto, kami terpisah , 2moto dan 3moto. Yang 3moto dah masuk jalan yang betul tapi 2moto masuk jalan yang salah, ana dan 1 lagi moto masuk simpang Cheras,Kajang. Ana lagi rasa cuak, dah la tak pernah bawak moto malam-malam, dengan keadaan moto yang tak sempurna, dalam hati hanya ingat Allah. Dan sekali lagi Allah menguji kami, ana dan kawan ana terpisah lagi, tinggallah ana dan pembonceng untuk berijtihad memilih jalan. Ana rasa macam nak nangis lah jugak. Kami tenangkan hati dan rilaks je(dalam hati Allah je yang tahu). Jalan kat highway,bila dah salah masuk simpang, bukan senang2 nak u-turn. Kami dah menuju ke Kajang. Alhamdulillah, jumpa jalan u-turn. Alhamdulillah dah biasa jalan kat sini sebab selalu pergi Sg.Congkak kat H.Langat. Akhirnya jumpa jalan pulang ke UM setelah 2jam diatas jalan raya.

Pengalaman sesat ni banyak mengajar ana. Lepas dari pengalaman tu,ana bertambah yakin nak bawak moto dan bawak waktu malam. Dan jugak merasakan betapa bersyukur dan bertuahnya mendapat hidayah dari Allah dan smoga hati ini ditetapkan di jalan Allah. Sesat, semua orang takut apatah lagi jika sesat dari jalan Allah, sama seperti di jalan raya,Allah telah sediakan kita bermacam ‘papan tanda’ untuk menuju jalanNya,Cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat-buat tak nmpak signboard 2. Kalau di jalan raya pun kita boleh terbabas dan tersesat, apatah lagi di atas dunia yang penuh pancaroba ini. Di jalan raya, ada tempat untuk u-turn,begitu juga dengan kehidupan,bila melakukan kesilapan,kita boleh kembali bertaubat kepada Allah.

Apa-apa pun,sentiasalah memohon agar hati ini terus thabat dalam perjuangan islam.

9.00p.m

1 muharam 1432H

0 ulasan:

Catat Ulasan