RSS

Khamis, 25 Februari 2010

Umur:nikmat ujian dariNYA

Alhamdulillah,dengan izinnya,dapat memiliki blog sendiri. Sengaja memilih tarikh ini,12 Rabiulawwal 1431 bersamaan 26 Februari 2010. Esok maulidurrasul,ramai yang menyambutnya tetapi hanya pada 12 Rabiulawwal, Rasulullah diagung-agungkan,sedangkan pada hari lain-lain kita sering melupaknnya. Selawat padanya berkurang,sunnah-sunnahnya dilupakan. Bersama-samalah kita menambahkan cinta kepada baginda. Ulangtahun kelahiranku,tiada apa yang istimewa,telefon ma dan abah,mengucapkan terima kasih pada mereka,itu sudah cukup bagiku,mendengar nasihat mereka,sangat bermakna untukku. sudah 2 dekad aku hidup di dunia,ujian dan nikmatnya usia. Diuji adakah kita menggunakan kesempatan dengan beramal atau masih berfoya-foya. Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu kerana diberi kesempatan untuk menatap indahnya ciptaan dunia,masih diberi nikmat terbesar iman dan islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan