RSS

Jumaat, 10 Disember 2010

ILLUMINATI DAN SUBLIMINAL MESSAGES


Bismillah.

Hari ni ana nak kongsikan tentang illuminati dan subliminal message. Benda ni adalah cara orang kafir yang nak menghancurkan umat Islam. Mereka menggunakan mesej yang tak dapat dikesan dari mata kasar tapi ia sangat memberi pengaruh kepada minda kita. Anda boleh search pasal illuminati dan subliminal message ni kat mana-mana je. Kalau nak tengok video, dalam you tube banyak. Yang membuatkan ana tertarik pasal benda ni ialah sebab abang ana memang mengkaji pasal benda ni semua. Dan perkara ini telah dirancang oleh Freemason sejak dahulu lagi,cuma kita je yang tahu lambat. Ana nak cerita panjang pasal ni pun tak pakar sangat, korang boleh search je nanti. Benda ni sangat bahaya lebih-lebih lagi pada kanak-kanak sebab diorang suka tengok kartun dan subliminal message banyak diselitkan dalam kartun Disney. Salah satu contoh gambar-gambar dibawah yang ana copy dari abang ana ni adalah di antara subliminal message yang nak disampaikan. Kita tahu bahawa dajal sangat jahat dan fizikalnya bermata satu. Jadi,agenda diorang nak mendoktrinkan kita untuk menerima dajal sebagai pembantu kita nanti. Seperti hadis Nabi :

Abu Hurayrah said, "The Prophet said, 'Shall I tell you something about the Dajjal which no Prophet has ever told his people before me? The Dajjal is ONE-EYED and will bring with him something which will resemble Paradise and Hell; but that which he calls Paradise will in fact be Hell. I warn you against him as Noah warned his people against him.'" (al-Bukhari, Muslim).

Ni pun ana copy terus dari Fb abang ana. hehe..pemalas kan... dan dibawah ni adalah gambarnya. Kalau nak tahu lebih, jangan lupa search ye. Kat youtube sangat banyak video pasal ni. Dan kebanyakan mesej yang disampaikan melalui subliminal message ni adlah kotor.











Selasa, 7 Disember 2010

STRATEGI KESELAMATAN DISEBALIK HIJRAH NABI


Bismillah.
Alhamdulillah hari ini telah masuk 2 Muharram 1432H. Umur jugak dah masuk 22tahun kalau ikut tahun hijrah. Tarikh lahir ana mengikut tahun Hijrah ialah 30 Rejab 1410H.
Umumnya sudah tahu mengenai peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Tetapi sejauh mana peristiwa itu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan? tanya pada diri sendiri, ana pun sama, tahu peristiwa hijrah tapi sekadar tahu dan tak ambil pengajaran.

Cuma yang ingin dikongsikan di sini ialah strategi keselamatan yang diambil rasulullah semasa peristiwa hijrah. Yang ni ana dengar semasa perkongsian dengan senior.

Yang pertama, nabi meninggalkan rumah baginda pada waktu malam yang mana ketika itu, orang musyrikin telah mengepung rumah baginda untuk membunuh baginda, Jibril mengajar Nabi membaca satu ayat yang menyebabkan orang yang mengepung terlelap. Lalu, nabi boleh keluar dengan selamat.

Yang kedua,Nabi meminta Saidina Ali untuk menggantikan Baginda di tempat tidurnya. Apakah sebab nabi menyuruh Ali menggantikan tempat baginda..berkemungkinan Ali akan dibunuh kerana mungkin orang musyrikin akan menyangka Ali adalah Nabi..Tidak...sebabnya adalah orang musyrikin masa tersebut tidak akan membunuh kanak-kanak dan lagi satu perkara, mengapa Nabi tak ajak Ali hijrah bersama ketika itu...sebabnya,jika rumah Nabi dibiarkan kosong,kemungkinan akan dibakar. Jadi, bila ada orang dalam tu,rumah tak akan dibakar. Rumah Nabi adalah tempat orang menyimpan barang-barang mereka ketika pergi berdagang. Tidak kira Islam atau tidak, mereka menyimpan barang dirumah Nabi kerana selamat dan Nabi sangat dipercayai.

Yang seterusnya, Nabi dan Saidina Abu Bakar tidak melalui jalan yang sama dilalui oleh orang lain untuk ke Madinah. Sebelum sampai ke Madinah, mereka singgah di Gua Tsur selama tiga hari. Dalam perjalanan ke Gua Tsur, seorang pengembala dibawa bersama untuk menghapuskan jejak-jejak Nabi dan Abu Bakar supaya tak dikesan.

Lagi, tiba di Gua Tsur, Abu Bakar terlebih dahulu masuk ke dalam gua dan memastikan keadaan dalam gua selamat sebelum Rasulullah masuk. Semasa di Gua Tsur, ada orang musyrikin yang berjaya mengesan mereka di Gua Tsur tetapi Allah terlebih dahulu menyelamatkan mereka. Seekor labah-labah telah membuat sarang di pintu gua dan juga seekor burung yang bersarang.

Semasa di Gua Tsur, anak perempuan Abu Bakar yang menghantarkan makanan dan juga maklumat semasa.

Sepanjang perjalanan ke Madinah, Saidina Abu Bakar berjalan kadang-kadang di depan, di belakang, di kiri atau di kanan baginda. Kerana beliau khuatir jika musuh datang dari depan, belakang,kanan atau kiri baginda.

Setakat ini perkongsian. Berhati-hati sangat penting dalam setiap perkara lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan musuh islam. Hijrah Rasulullah sangat memberi kesan kepada umat sehingga sekarang. Sepatutnya kita menyambut tahun baru hijrah ini dengan satu semangat yang baru untuk memperbaiki diri kita bukannya hanya dengan berarak dan menyanyikan selawat. Ana tak katakan ianya salah tapi penghayatan untuk berubah dan menghayati hijrah Nabi itu lebih penting..Wallahua'lam..


Isnin, 6 Disember 2010

TUNJUKILAH JALAN YANG LURUS


Bismillah.

Alhamdulillah hari ini imanku masih di dalam hati. Masih ditunjuki jalan yang lurus untuk meneruskan perjalanan di dunia yang penuh liku-liku,simpang-simpang dan selekoh-selekoh maut.

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat keenam yang bermaksud: Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة

1

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

3

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4

Yang menguasai di Hari Pembalasan

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ayat keenam adalah doa daripada seorang hamba kepada yang Maha Kuasa.Bila membicarakan tentang jalan yang lurus ini,ia adalah hidayah daripada Allah keatas hamba. Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawiy dalam Tafsir al-Sya’rawiy, hidayah terbahagi kepada dua iaitu,

i) petunjuk yang memberikan keterangan.

ii) petunjuk yang membawa kepada kemampuan melakukan sesuatu amalan.

Contohnya, kelebihan melakukan solat jemaah sudah pun difahami kebanyakan mukmin tetapi tidak semua mengamalkannya. Mungkin tidak mendapat hidayah yang membawa kepada kemampuannya untuk melaksanakan solat berjemaah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnul Munzir,al-Tirmizi yang menganggap hadis ini hasan,al-Nasaiey, Abu Syeikh dan al-Hakim. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “ Allah membuat perumpamaan sirat al-mustaqim seumpama dua jalan di mana terdapat dua pagar. Pada pagar tersebut terdapat paintu-pintu yang terbuka. Dan pada pintu-pintu itu terdapat seorang yang berseru: ‘ wahai manusia, masuklah kalian belok!’ Di atas sirat ada penyeru yang mana apabila ada seorang yang ingin membuka pintu-pintu tersebut, penyeru akan berkata: ‘celakalah(hati-hatilah) kamu! Janganlah membukanya! Jika engkau membukanya,nanti kau akan terperosok ke dalamnya! ‘. Sirat ialah Islam. Pagar-pagar itu merupakan batasanNya. Pintu-pintu adalah laluan ke arah melakukan perkara yang ditegah(haram). Penyeru yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Penyeru di atas sirat pula adalah pemberi peringatan dari Allah yang ada dalam hati setiap Muslim”.

Maklumat di atas diambil dari ruangan tafsir oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed dalam Majalah Solusi isu no.7. Jadi pilihlah jalan yang telah Allah sediakan. Cuma terpulang kepada kita mahu mengikutnya ataupun membengkokkan jalan itu.

Bila berbicara soal jalan, ana teringat peristiwa di mana sesat di jalan raya. Pada 4hb Disember 2010, ana dan beberapa orang rakan telah pergi ke Selayang untuk menjadi sukarelawan Pusat Kebajikan Masyarakat. Kami menaiki motosikal dan kereta. Ana bawak moto dan nilah first time ana bawak moto sejauh itu. Berbekalkan ‘lesen cap ayam’, ana beranikan diri. Selama ni, ana bawak sekitar PJ je, so, takde lah masalah. Perjalanan ke Selayang ambil masa sejam jugak kot sebab kami tak tahu jalan dan follow kereta. Perjalanan pergi dan program di sana berjalan lancer. Tapi, lepas Maghrib, kami bertolak balik UM, moto 5 buah, kereta sebijik. Jalan jem la jugak, first jugak ana mencelah di tengah2 kereta, cuak jugak tapi hanya berdoa Allah selamatkan kami. Kami terpisah dengan kereta dan buat ijtihad sendiri untuk melalui jalan yang mana. Dengan keadaan moto yang ana bawak takde signal dan moto sahabat lain yang memang lampu tak nyala, kami semua berhati-hati. Memang kami sesat dan main redah je ikut jalan mana, daripada 5 buah moto, kami terpisah , 2moto dan 3moto. Yang 3moto dah masuk jalan yang betul tapi 2moto masuk jalan yang salah, ana dan 1 lagi moto masuk simpang Cheras,Kajang. Ana lagi rasa cuak, dah la tak pernah bawak moto malam-malam, dengan keadaan moto yang tak sempurna, dalam hati hanya ingat Allah. Dan sekali lagi Allah menguji kami, ana dan kawan ana terpisah lagi, tinggallah ana dan pembonceng untuk berijtihad memilih jalan. Ana rasa macam nak nangis lah jugak. Kami tenangkan hati dan rilaks je(dalam hati Allah je yang tahu). Jalan kat highway,bila dah salah masuk simpang, bukan senang2 nak u-turn. Kami dah menuju ke Kajang. Alhamdulillah, jumpa jalan u-turn. Alhamdulillah dah biasa jalan kat sini sebab selalu pergi Sg.Congkak kat H.Langat. Akhirnya jumpa jalan pulang ke UM setelah 2jam diatas jalan raya.

Pengalaman sesat ni banyak mengajar ana. Lepas dari pengalaman tu,ana bertambah yakin nak bawak moto dan bawak waktu malam. Dan jugak merasakan betapa bersyukur dan bertuahnya mendapat hidayah dari Allah dan smoga hati ini ditetapkan di jalan Allah. Sesat, semua orang takut apatah lagi jika sesat dari jalan Allah, sama seperti di jalan raya,Allah telah sediakan kita bermacam ‘papan tanda’ untuk menuju jalanNya,Cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat-buat tak nmpak signboard 2. Kalau di jalan raya pun kita boleh terbabas dan tersesat, apatah lagi di atas dunia yang penuh pancaroba ini. Di jalan raya, ada tempat untuk u-turn,begitu juga dengan kehidupan,bila melakukan kesilapan,kita boleh kembali bertaubat kepada Allah.

Apa-apa pun,sentiasalah memohon agar hati ini terus thabat dalam perjuangan islam.

9.00p.m

1 muharam 1432H

Rabu, 1 Disember 2010

10 PESANAN AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA

Artikel ini ana copy dari Berita Harian,harap sama-sama ambil pengajaran.Berikut adalah antara pesanan penting oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna:

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sekian.