RSS

Khamis, 23 Jun 2011

VIRUS- VIRUS UKHUWAH

21 Jun 2011

3.14 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillah. Saya ada jumpa e-book yang bertajuk seperti di atas. Baru sahaja membaca isi kandungannya. Saya nak kongsikan isi kandungan sahaja dulu.

Antara virus-virus dalam ukhuwah ialah:

1

1. Tamak akan kenikmatan dunia.

2.Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.

3. Tidak santun dalam berbicara. Contohnya:

a. Berbicara dengan nada suara yang tinggi dan menggunakan kata-kata yang kasar.

b. Tidak mendengar sarannya, enggan menatap wajahnya ketika berbicara atau memberi salam, tidak menghargai keberadaannya.

c. Bergurau secara berlebihan.

d. Sering mendebat dan membantah.

e. Kritikan keras yang melukai perasaan.

4. Sikap acuh.

5. Mengadakan pembicaraan rahsia.

6. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran.

7. Sering membantah,berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar.

8. Memberi teguran di hadapan orang lain.

9. Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan.

10. 10. Mudah percaya terhadap hasutan orang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki,

11. 11. Membuka rahsia.

12. 12. Mengikut prasangka.

13. 13. Mencampuri masalah peribadi.

14. 14. Egois,arogan, tidak berempati dengan penderitaan saudara dan tidak memperhatikan masalah serta keperluannya.

15. 15. Menutup diri,berlebihan, membebani dan menghitung kebaikan kepada saudara.

16. 16. Enggan mengungkapkan perasaan cinta, menunjukan indikasi atau hal-hal yang dapat menyuburkannya, dan eggan membela sahabat ketika disebut aibnya.

17. 17. Melupakannya kerana sibuk mengurus orang lain dan kurang setia.

18. 18. Suka menonjolkan kelebihan peribadi, mencari muka di depan objek dakwah (mad’u) dan ingin menguasai mad’u dengan cara menunggangi sahabat.

19. 19. Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat.

20. 20. Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuat resah.

21. 21. Terlalu cinta.

Di atas ialah isi kandungannya baru, ada yang saya tak faham. Insyaallah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit bila dah membacanya. Buku ini ditulis oleh Abu ‘ashim Hisyam Bin Abdul Qadir Uqdah. Buku ini diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

MENGAPA ‘ENDING’NYA MESTI BERTIGA

18 Jun 2011

3.20 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillah. Entry sebelum ini adalah disebabkan sudah berbulan membiarkan blog ini keseorangan. Jadi entry kali ni saya ingin berkongsi tentang dua buah novel e-book yang saya baca sepanjang 2 miggu di rumah. Berada di rumah tanpa internet dan tidak bekerja sangat bosan, yang boleh buat hanya latihan sebagai surirumah sahaja. Jadi, bila menyelongkar apa yang ada dalam notebook, terjumpa 2 buah novel yang pernah saya download.

Sejujurnya saya bukanlah peminat novel. Kalau setakat cerpen,saya minatlah jugak sikit. Novel yang pernah saya baca betul-betul ialah karya Ustazah Fatimah Syarha iaitu Tautan Hati. Dan satu novel masa sekolah menengah dulu. Konklusinya saya memang bukan peminat novel. Tapi, baru-baru ni, saya suka baca novel bersambung-sambung di blog perindusyahidfillah.blogspot.com, blog kakak usrah saya. Hehe, ada sedikit perubahan pada saya terhadap novel.

Kembali kepada novel yang saya ingin kongsikan iaitu yang pertama ‘Antara Dua Bidadari’ karya Iqbal Syarie yang saya download dari blog beliau iaitu iqbalsyarie.blogspot.com. Novel yang kedua bertajuk ‘Bidadari Untuk Ikhwan’ karya Fajar Agustanto yang saya download dari www.bahantarbiyyah.com . Sebuah novel Indonesia. Wah, saya baru perasan, tajuknya hampir sama,BIDADARI.

Ok, novel yang pertama, mukasurat sebanyak 380. Seperti yang saya beritahu, saya bukan peminat novel, jadi saya baca lompat-lompat tapi tak bermaksud saya tidak faham jalan ceritanya. Novel ini menceritakan tentang Johari, seorang anak orang kaya. Aisyah, kawan Johari semasa kecil, tinggal di Australia dan baru berpindah ke Malaysia. Dan Nasuha, pelajar UIAM.

Johari, walaupun keluarganya orang berada tetapi amat mematuhi agama, diceritakan juga mereka sekeluarga sering berjemaah di masjid. Manakala ayah Johari ialah pengerusi masjid. Johari juga sering berjumpa dengan pelajar-pelajar IPT untuk berdakwah. Apabila Aisyah balik dari Australia, dia masih tetap dengan cara berpakaian dan kehidupan barat, dalam masa yang sama dia rapat semula dengan Johari. Johari pula berusaha menjejaki junior dan juga kekasihnya semasa sekolah menengah iaitu Nasuha, dia ingin melamar Nasuha. Tetapi Johari terlambat kerana Nasuha telah dikhitbah sahabat Johari sendiri, Azzam. Aisyah yang ingin berubah untuk menjadi muslimah sejati akhirnya dikahwinkan dengan Johari walaupun Johari sangat ingin memperisterikan seorang yang sedia solehah seperti Nasuha. Nasuha pula menerima ujian hebat apabila tunangnya meninggal dunia pada hari perkahwinan Johari. Sebelum meninggal,Azzam berpesan supaya menjaga Nasuha. Endingnya nanti dulu…

Novel Bidadari untuk ikhwan pula ada 135 mukasurat sahaja. Jadi saya tak ada masalah untuk membacanya, saya baca setiap mukasurat sebab ada perkataan yang tidak difahami, jadi lebih baik baca betul-betul supaya tidak salah faham. Novel ini sangat menarik bagi saya. Banyak menceritakan tentang kehidupan pelajar yang aktif dengan persatuan dakwahnya, masyarakat kampong yang susah, pelajar kristian yang meminati agama islam, cara pelajar berdakwah dan macam-macam lagi. Sangat menarik, saya syorkan anda membacanya walaupun ianya dalam Bahasa Indonesia tapi ia bukan masalah.

Watak utama dalam novel ini ialah Khalid, seorang pelajar tahun akhir yang sangat aktif dalam persatuan dan dakwahnya. Ada yang menarik antara dia dan pensyarahnya semasa dia menyiapkan tesisnya. Nova, seorang penganut kristian, ayahnya seorang pendeta tapi dia berminat dengan islam, belajar di tempat yang sama dengan Khalid. Farah juga seorang pelajar yang aktif dalam persatuan. Ketika Khalid ingin menyiapkan tesisnya tentang hukum islam, dia berbincang dengan pensyarahnya yang tidak setuju dengan cara aktivis islam,tetapi Khalid memberikan hujah-hujah yang membuka pemikiran pensyarahnya itu. Satu ketika, Khalid dijodohkan dengan Farah oleh murabbinya dalam masa yang sangat cepat, mereka bernikah tanpa memberitahu rakan-rakan yang lain. Pada hari walimah mereka, ramai rakan-rakan yang terkejut kerana rupa-rupanya Khalid yang berkahwin dengan Farah. Selepas mereka berkahwin beberapa minggu, Farah telah hilang. Tanpa pengetahuan Khalid, Farah menyelamatkan Nova yang cuba dicari oleh bapanya kerana dia memeluk islam. Endingnya gi mana sih…

Hmm..saya gagal membuat synopsis yang baik. Synopsis di atas yang mudah sahaja, keseluruhannya, kena baca sendiri novel ini.

Kembali kepada tajuk…mengapa ‘ending’nya mesti bertiga??

Ya..akhirnya poligami…’no comment’.. tetapi saya tak suka ‘ending’nya begitu.

MENULIS di blog ITU APA SEBENARNYA??

18 Jun 2011

2.44 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang. Alhamdulillah, diberi peluang menggerakkan jari di atas keyboard notebook tersayang. Tajuk yang sangat mengelirukan fikiran sebenarnya,tak terfikir pun nak tulis tajuk seperti di atas tetapi disebabkan banyak benda yang ingin ditulis, jadilah tajuk di atas.

Sebenarnya dalam fikiran saya, banyak sangat benda yang ingin dikongsikan, tetapi bila difikirkan semula saya mesti menapis apa yang saya ingin tulis dalam blog. Saya ingin jadikan blog saya ini seperti apa sebenarnya? Seperti diari saya yang telah saya tinggalkan setahun lebih? Atau tempat ingin berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya akui disebabkan saya telah lama tidak menulis diari, jadi bila saya menulis, saya khuatir akan mula meluahkan cerita dan perasaan seperti dalam diari, jadi saya mesti berhati-hati.

Jadi, menulis di blog itu apa sebenarnya?

Ok, pertama sekali saya sangat bersetuju jika orang menulis di blog adalah untuk memberi ilmu. Banyak blog-blog yang kita tahu, yang boleh berkongsi ilmu agama, sains, matematik, ekonomi, perniagaan, motivasi dan bermacam lagi. Blog-blog tersebut amat sesuai untuk dibaca umum yang sememangnya blog tersebut ditulis oleh penulisnya untuk pengetahuan umum.

Blog-blog yang sering menceritakan pengalaman seseorang blogger juga bagus juga selagi pengalaman yang ditulis boleh memberi pengajaran dan ilmu kepada orang yang membaca.

Saya kurang bersetuju jika blog dijadikan seperti diari. Maksud saya, diari tempat meluahkan pelbagai rasa Saya kurang bersetuju, walaupun mereka boleh cakap “blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun”. Bukan apa, ianya menjadi kurang sesuai untuk bacaan umum dan sangat privasi. Hanya pendapat saya sahaja, tidak mengapa jika apa yang berlaku pada dirinya yang ditulis dalam blog itu untuk pengajaran tapi bila blog dijadikan tempat meluahkan marah, mengutuk, mengumpat dan macam-macam lagi, ia adalah salah satu sebab yang membawa fitnah.

Kalau ingin menulis juga penulisan seperti itu, ‘private’kan blog untuk diri sendiri sahaja.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti, blog saya ini untuk apa sebenarnya?? Yang pasti ia bukan privasi saya.

Khamis, 3 Februari 2011

sejadah itu


lama
sungguh lama aku merenung sejadah itu
sudah lama sejadah itu kering
kering dari basahan titsan air mata
ahh
lupanya aku pada tangisan yang menenangkan jiwa
lupanya aku pada luahan perasaan padaNya
menghurai setiap dosa
mengaku setiap salah
memohon kekuatan di jalan panjang
meminta keampunan berpanjangan

indahnya tika itu
hanya Kau dan aku
Kau mendengar setiap bicaraku

tenangnya saat itu
hanya Kau dan aku
padaMu kubongkarkan segalanya

Ya Allah
ampuni aku
aku telah lama melupakan saat itu
aku sendiri merindukannya
aku merasa betapa hinanya aku

Ya Allah
aku ingin mengembalikan ia semula
di atas sejadah itu

Khamis, 13 Januari 2011

RIADAH DI TASIK VARSITI



Bismillah
Berkayak di Tasik Varsiti

Alhamdulillah, petang tadi sempat beriadah bersama kawan-kawan di Tasik Varsiti. Akhirnya dapat melepaskan keinginan untuk berkayak. Minggu lepas, bawak adik-adik usrah berkayak tapi tak cukup patner,so,aku jadi penonton je. Dalam hati,teringin sangat. Alhamdulillah, harini dapat kayak jugak.

Berkayak ni ada teknik-teknik dia. Masa kayak tadi, partner dengan kawan aku ni yang dah memang berpengalaman dalam kayak,kiranya ok la,dapat tunjuk ajar dia. Macam mane nak kayuh pendayung tu, macam mane nak belok kanan,kiri, macam mane nak berhenti, nak undur belakang..huhu..semuanya memerlukan teknik, ada cara-cara dia, kalau tak, mungkin akan terbalik dan mandilah kami dalam tasik yang harum tu. Sangat seronok dan banyak yang kelakar,biasalah pengalaman pertama. Lepas ni, nak ajak kawan-kawan lain pulak berkayak.

Dalam berkayak pun,ada cara-cara dan tekniknya, apatah lagi dalam kehidupan ni, Allah dah tetapkan pelbagai peraturan untuk kita hidup bahagia dan aman.

Analoginya beginilah, jika nak dikaitkan dengan berkayak. Pengkayak (ops,betul ke?? apa2 jela) kita anggapkan sebagai manusia dan kayak itu adalah kehidupan kita. Seorang pengkayak (pelik je) mestilah mendayung kayaknya dengan betul untuk sampai ke tempatnya, kalau tak, kayak tu akan ke tepi tebinglah, lalu bawah halanganlah, terkebelakanglah dan kemungkinan kayak akan terbalik juga. Sebabnya,nak berkayak ni bukan main hentam je, kalau tak,kayak tu tak bergerak dan hanya mengikut arus air. Sepanjang masa berkayak, memang banyak masalah, kita akan bertembung dengan kayak orang lain dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya, kita kan sampai kehujung tapi semuanya dengan keadaan yang berbeza dengan kawan-kawan lain, ada yang basah kuyup, ada yang mandi, ada yang tak basah langsung.

Begitulah juga sebagai manusia,kita perlu berhati-hati membawa perjalanan hidup ini. Yang hakikatnya, kita menuju Ilahi. Mungkin di tengah perjalanan tersebut banyak halangan dan dugaan tapi akhirnya kita akan sampai dengan cara yang berbeza dengan orang lain, ada yang sampai dengan membawa amalan-amalan, ada yang membawa bebanan dosa, ada yang membawa hutang yang tak dilunaskan dan macam-macam lagi.

Ini bukan gambar kami berkayak.


Harap-harapnya,semua boleh faham dengan analogi yang tiba-tiba muncul ni.


SUSAH NAK ISTIQAMAH

Bismillah.

Alhamdulillah,dah masuk tahun 2011,tapi diri ni susah nak istiqamah menulis. Banyak yang ingin dikongsikan tapi tangan ni malas nak menaip ke atau apa tak tahu lah. Alhamdulillah, malam ni ( sebenarnya pagi) diberi kekuatan untuk menulis sesuatu. Tajuk kat atas sangat umum, kenapa susah nak istiqamah tu ana tujukan persoalan pada diri sendiri. ISTIQAMAH. Takut mendengar perkataaan ni sebenarnya. Istiqamah dalam ibadat, dalam belajar, berdakwah dan lain-lain. Amalan yang disukai Allah ialah amalan yang istiqamah walaupun apa yang dibuat itu benda kecil. Contohnya, setiap minggu, bersedekah. Walaupun nilainya tak besar tapi secara konsisten, itu amalan yang mulia.

Macam mana nak istiqamah, terpulanglah..tapi cara yang sesuai, jika perkara tu baru nak mulakan, kita mulakan perlahan-lahan,jangan terus amalkan secara terburu-buru setiap hari. Mulakan dengan setiap bulan kemudian 2 minggu sekali, seminggu sekali, 2-3 hari sekali, akhirnya perkara tu jadi istiqamah setiap hari.

Akhiri dengan terjemahan ayat Al-Quran yang mendifinisikan maksud istiqamah :

" Oleh itu, hendaklah Engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap ISTIQAMAH sebagaimanana yang diperintahkan kepada mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

( Huud 11: 112-113)

Wallahu a'lam.