RSS

Selasa, 7 Disember 2010

STRATEGI KESELAMATAN DISEBALIK HIJRAH NABI


Bismillah.
Alhamdulillah hari ini telah masuk 2 Muharram 1432H. Umur jugak dah masuk 22tahun kalau ikut tahun hijrah. Tarikh lahir ana mengikut tahun Hijrah ialah 30 Rejab 1410H.
Umumnya sudah tahu mengenai peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Tetapi sejauh mana peristiwa itu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan? tanya pada diri sendiri, ana pun sama, tahu peristiwa hijrah tapi sekadar tahu dan tak ambil pengajaran.

Cuma yang ingin dikongsikan di sini ialah strategi keselamatan yang diambil rasulullah semasa peristiwa hijrah. Yang ni ana dengar semasa perkongsian dengan senior.

Yang pertama, nabi meninggalkan rumah baginda pada waktu malam yang mana ketika itu, orang musyrikin telah mengepung rumah baginda untuk membunuh baginda, Jibril mengajar Nabi membaca satu ayat yang menyebabkan orang yang mengepung terlelap. Lalu, nabi boleh keluar dengan selamat.

Yang kedua,Nabi meminta Saidina Ali untuk menggantikan Baginda di tempat tidurnya. Apakah sebab nabi menyuruh Ali menggantikan tempat baginda..berkemungkinan Ali akan dibunuh kerana mungkin orang musyrikin akan menyangka Ali adalah Nabi..Tidak...sebabnya adalah orang musyrikin masa tersebut tidak akan membunuh kanak-kanak dan lagi satu perkara, mengapa Nabi tak ajak Ali hijrah bersama ketika itu...sebabnya,jika rumah Nabi dibiarkan kosong,kemungkinan akan dibakar. Jadi, bila ada orang dalam tu,rumah tak akan dibakar. Rumah Nabi adalah tempat orang menyimpan barang-barang mereka ketika pergi berdagang. Tidak kira Islam atau tidak, mereka menyimpan barang dirumah Nabi kerana selamat dan Nabi sangat dipercayai.

Yang seterusnya, Nabi dan Saidina Abu Bakar tidak melalui jalan yang sama dilalui oleh orang lain untuk ke Madinah. Sebelum sampai ke Madinah, mereka singgah di Gua Tsur selama tiga hari. Dalam perjalanan ke Gua Tsur, seorang pengembala dibawa bersama untuk menghapuskan jejak-jejak Nabi dan Abu Bakar supaya tak dikesan.

Lagi, tiba di Gua Tsur, Abu Bakar terlebih dahulu masuk ke dalam gua dan memastikan keadaan dalam gua selamat sebelum Rasulullah masuk. Semasa di Gua Tsur, ada orang musyrikin yang berjaya mengesan mereka di Gua Tsur tetapi Allah terlebih dahulu menyelamatkan mereka. Seekor labah-labah telah membuat sarang di pintu gua dan juga seekor burung yang bersarang.

Semasa di Gua Tsur, anak perempuan Abu Bakar yang menghantarkan makanan dan juga maklumat semasa.

Sepanjang perjalanan ke Madinah, Saidina Abu Bakar berjalan kadang-kadang di depan, di belakang, di kiri atau di kanan baginda. Kerana beliau khuatir jika musuh datang dari depan, belakang,kanan atau kiri baginda.

Setakat ini perkongsian. Berhati-hati sangat penting dalam setiap perkara lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan musuh islam. Hijrah Rasulullah sangat memberi kesan kepada umat sehingga sekarang. Sepatutnya kita menyambut tahun baru hijrah ini dengan satu semangat yang baru untuk memperbaiki diri kita bukannya hanya dengan berarak dan menyanyikan selawat. Ana tak katakan ianya salah tapi penghayatan untuk berubah dan menghayati hijrah Nabi itu lebih penting..Wallahua'lam..


0 ulasan:

Catat Ulasan