RSS

Selasa, 19 Jun 2012

23 TAHUN

Alhamdulillah, hari ini 30 rejab 1433H bersamaan 21 Jun 2012. Sudah 23 tahun usiaku mengikut tahun hijrah. Allahurobbi, menilai balik diri ini sejak 23 tahun yang lalu, tidak tahu amal mana yang di angkat Allah, amal mana yang betul-betul ikhlas dilakukan yang akan menjadi penyelamat diri dari azab neraka. Juga tiada siapa tahu berapa lama lagi aku dihidupkan, mungkin sehari lagi, seminggu lagi, setahun lagi, dua puluh tahun lagi. Memang ajal itu rahsia Allah, hanya Dia yang tahu.

30 Rejab 1410H - 30 Rejab 1433H

Jumaat, 15 Jun 2012

BILA NAK START?

Salam, aduh, malu sungguh saya harini. Baru dapat mesej, "Salam akak, usrah berkumpulan bila nak start?". Sungguh malu, adik itu yang hubungi saya dulu. Mana nak letak muka jumpa diorang nanti. Aisehhh.. Allahurobbi..saya baru nak panas enjin mencari bahan untuk usrah first, adik tu dah bertanya. Dia kata dia excited.Wahh..naqibah dia ni mesti sepuluh kali excited dari dia. Allahu, saya memohon kekuatan daripada Allah untuk memulakan langkah ini. Mensucikan niat untuk sama-sama berkongsi tentang keindahan Islam. Moga dengan usaha yang sedikit ini, dapat membantu Islam dan semoga dirahmati Allah.

Jumaat, 8 Jun 2012

ZIKRULLAH


Salam..pagi-pagi macam ni,tenang sangat dengar ni sambil study..ohh! study la sangat saya ni.. :)  Sekarang tengah final exam semester dua tahun dua, bermakna ada tiga semester lagi untuk habis degree, InsyaAllah, moga Allah izinkan saya tamatkan degree dalam tempoh tersebut. Sudah dua paper berlalu, Plant Biotechnology dan Human and Animal Physiology, ada lagi empat yang menanti Principles Of DNA Recombinant, Animal Biotechnology, Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam dan Metodologi Penyelidikan Syariah.

Last paper on 19th of June 2012.. Sedih sebab tak dapat hadir ke walimah kakak usrah saya di Kelantan pada 16 jun. Kalau habis exam awal, insyaAllah saya pergi tapi tak dapat jugak lagi satu Kelantan jauh dari KL.

p/s: Bila sebut Kelantan, saya teringat UM Nilam Puri..Allahurobbi betapa saya sangat rindu Bumi Tarbiyyah itu. Moga Allah sentiasa merahmati penuntut dan juga pensyarah di sana.

Jumaat, 2 Mac 2012

COUNT ON ME!

Salam.

First of all, saya dicabar untuk menulis dan saya cemburu dengan orang itu.(n_<).
Secondly,memang banyak yang ingin ditulis tapi saya malas. Tapi kali ni saya tulis sebab saya nak kawan-kawan tersayang saya baca. Oh ya, alhamdulillah,i am 22 years old now, thanks to Allah for all of his infinity of nikmat. Terima kasih pada Ma dan Abah yang banyak berkorban untuk 22tahun ini.(oho, mereka tak baca pun ni.)

This entry actually for my beloved freinds till jannah..wani yang semakin 'maju' bersama nana (duduk hillpark baik-baik ye syg!), tim yang semakin hari semakin kaya (jangan lupa belanja saya tudung ye syg!), simah yang semakin laju bekerja ( bawak moto jangan laju dah ok syg!), jiha yang semakin sibuk (moga terus berusaha ye syg! ), ira dan nuril yang semakin kurus saya tengok ( takmo kurus-kurus sangat ye syg!), umi yang semakin comel (moga istiqamah menjaganya ye syg!).. love you all so much..

ALLAHUAKBAR, tak dapat digambarkan bagaimana indahnya ia,
sahabat hingga ke syurga!
ku tahu kita sama banyak kekurangannya,
ya, mana ada manusia sempurna,
tapi Allah berikan kau dalam hidupku,
sama-sama kita perbaiki,
menambah apa yang kurang pada diri,
menegur apa yang salah,
mengingatkan amal yang soleh.

sahabat hingga ke syurga!
nikmatnya, di jalan ini aku bersama kalian,
sama-sama mencari redha Yang Esa,
memang aku tak upaya jika sendiri,
jadi, Dia memberi kalian pada aku,
agar, setiap yang dilalui penuh berhati-hati.

sahabat hingga syurga!
ku harap redhaNya dalam ukhuwah ini membawa kita ke jannah.


lastly, saya sangat gembira hari ini sebab dapat kumpul dengan mereka walaupun tak semua. Thankz sangat-sangat.. dan, lagu itu untuk kalian..:)




Khamis, 23 Jun 2011

VIRUS- VIRUS UKHUWAH

21 Jun 2011

3.14 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillah. Saya ada jumpa e-book yang bertajuk seperti di atas. Baru sahaja membaca isi kandungannya. Saya nak kongsikan isi kandungan sahaja dulu.

Antara virus-virus dalam ukhuwah ialah:

1

1. Tamak akan kenikmatan dunia.

2.Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.

3. Tidak santun dalam berbicara. Contohnya:

a. Berbicara dengan nada suara yang tinggi dan menggunakan kata-kata yang kasar.

b. Tidak mendengar sarannya, enggan menatap wajahnya ketika berbicara atau memberi salam, tidak menghargai keberadaannya.

c. Bergurau secara berlebihan.

d. Sering mendebat dan membantah.

e. Kritikan keras yang melukai perasaan.

4. Sikap acuh.

5. Mengadakan pembicaraan rahsia.

6. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran.

7. Sering membantah,berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar.

8. Memberi teguran di hadapan orang lain.

9. Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan.

10. 10. Mudah percaya terhadap hasutan orang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki,

11. 11. Membuka rahsia.

12. 12. Mengikut prasangka.

13. 13. Mencampuri masalah peribadi.

14. 14. Egois,arogan, tidak berempati dengan penderitaan saudara dan tidak memperhatikan masalah serta keperluannya.

15. 15. Menutup diri,berlebihan, membebani dan menghitung kebaikan kepada saudara.

16. 16. Enggan mengungkapkan perasaan cinta, menunjukan indikasi atau hal-hal yang dapat menyuburkannya, dan eggan membela sahabat ketika disebut aibnya.

17. 17. Melupakannya kerana sibuk mengurus orang lain dan kurang setia.

18. 18. Suka menonjolkan kelebihan peribadi, mencari muka di depan objek dakwah (mad’u) dan ingin menguasai mad’u dengan cara menunggangi sahabat.

19. 19. Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat.

20. 20. Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuat resah.

21. 21. Terlalu cinta.

Di atas ialah isi kandungannya baru, ada yang saya tak faham. Insyaallah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit bila dah membacanya. Buku ini ditulis oleh Abu ‘ashim Hisyam Bin Abdul Qadir Uqdah. Buku ini diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

MENGAPA ‘ENDING’NYA MESTI BERTIGA

18 Jun 2011

3.20 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillah. Entry sebelum ini adalah disebabkan sudah berbulan membiarkan blog ini keseorangan. Jadi entry kali ni saya ingin berkongsi tentang dua buah novel e-book yang saya baca sepanjang 2 miggu di rumah. Berada di rumah tanpa internet dan tidak bekerja sangat bosan, yang boleh buat hanya latihan sebagai surirumah sahaja. Jadi, bila menyelongkar apa yang ada dalam notebook, terjumpa 2 buah novel yang pernah saya download.

Sejujurnya saya bukanlah peminat novel. Kalau setakat cerpen,saya minatlah jugak sikit. Novel yang pernah saya baca betul-betul ialah karya Ustazah Fatimah Syarha iaitu Tautan Hati. Dan satu novel masa sekolah menengah dulu. Konklusinya saya memang bukan peminat novel. Tapi, baru-baru ni, saya suka baca novel bersambung-sambung di blog perindusyahidfillah.blogspot.com, blog kakak usrah saya. Hehe, ada sedikit perubahan pada saya terhadap novel.

Kembali kepada novel yang saya ingin kongsikan iaitu yang pertama ‘Antara Dua Bidadari’ karya Iqbal Syarie yang saya download dari blog beliau iaitu iqbalsyarie.blogspot.com. Novel yang kedua bertajuk ‘Bidadari Untuk Ikhwan’ karya Fajar Agustanto yang saya download dari www.bahantarbiyyah.com . Sebuah novel Indonesia. Wah, saya baru perasan, tajuknya hampir sama,BIDADARI.

Ok, novel yang pertama, mukasurat sebanyak 380. Seperti yang saya beritahu, saya bukan peminat novel, jadi saya baca lompat-lompat tapi tak bermaksud saya tidak faham jalan ceritanya. Novel ini menceritakan tentang Johari, seorang anak orang kaya. Aisyah, kawan Johari semasa kecil, tinggal di Australia dan baru berpindah ke Malaysia. Dan Nasuha, pelajar UIAM.

Johari, walaupun keluarganya orang berada tetapi amat mematuhi agama, diceritakan juga mereka sekeluarga sering berjemaah di masjid. Manakala ayah Johari ialah pengerusi masjid. Johari juga sering berjumpa dengan pelajar-pelajar IPT untuk berdakwah. Apabila Aisyah balik dari Australia, dia masih tetap dengan cara berpakaian dan kehidupan barat, dalam masa yang sama dia rapat semula dengan Johari. Johari pula berusaha menjejaki junior dan juga kekasihnya semasa sekolah menengah iaitu Nasuha, dia ingin melamar Nasuha. Tetapi Johari terlambat kerana Nasuha telah dikhitbah sahabat Johari sendiri, Azzam. Aisyah yang ingin berubah untuk menjadi muslimah sejati akhirnya dikahwinkan dengan Johari walaupun Johari sangat ingin memperisterikan seorang yang sedia solehah seperti Nasuha. Nasuha pula menerima ujian hebat apabila tunangnya meninggal dunia pada hari perkahwinan Johari. Sebelum meninggal,Azzam berpesan supaya menjaga Nasuha. Endingnya nanti dulu…

Novel Bidadari untuk ikhwan pula ada 135 mukasurat sahaja. Jadi saya tak ada masalah untuk membacanya, saya baca setiap mukasurat sebab ada perkataan yang tidak difahami, jadi lebih baik baca betul-betul supaya tidak salah faham. Novel ini sangat menarik bagi saya. Banyak menceritakan tentang kehidupan pelajar yang aktif dengan persatuan dakwahnya, masyarakat kampong yang susah, pelajar kristian yang meminati agama islam, cara pelajar berdakwah dan macam-macam lagi. Sangat menarik, saya syorkan anda membacanya walaupun ianya dalam Bahasa Indonesia tapi ia bukan masalah.

Watak utama dalam novel ini ialah Khalid, seorang pelajar tahun akhir yang sangat aktif dalam persatuan dan dakwahnya. Ada yang menarik antara dia dan pensyarahnya semasa dia menyiapkan tesisnya. Nova, seorang penganut kristian, ayahnya seorang pendeta tapi dia berminat dengan islam, belajar di tempat yang sama dengan Khalid. Farah juga seorang pelajar yang aktif dalam persatuan. Ketika Khalid ingin menyiapkan tesisnya tentang hukum islam, dia berbincang dengan pensyarahnya yang tidak setuju dengan cara aktivis islam,tetapi Khalid memberikan hujah-hujah yang membuka pemikiran pensyarahnya itu. Satu ketika, Khalid dijodohkan dengan Farah oleh murabbinya dalam masa yang sangat cepat, mereka bernikah tanpa memberitahu rakan-rakan yang lain. Pada hari walimah mereka, ramai rakan-rakan yang terkejut kerana rupa-rupanya Khalid yang berkahwin dengan Farah. Selepas mereka berkahwin beberapa minggu, Farah telah hilang. Tanpa pengetahuan Khalid, Farah menyelamatkan Nova yang cuba dicari oleh bapanya kerana dia memeluk islam. Endingnya gi mana sih…

Hmm..saya gagal membuat synopsis yang baik. Synopsis di atas yang mudah sahaja, keseluruhannya, kena baca sendiri novel ini.

Kembali kepada tajuk…mengapa ‘ending’nya mesti bertiga??

Ya..akhirnya poligami…’no comment’.. tetapi saya tak suka ‘ending’nya begitu.

MENULIS di blog ITU APA SEBENARNYA??

18 Jun 2011

2.44 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang. Alhamdulillah, diberi peluang menggerakkan jari di atas keyboard notebook tersayang. Tajuk yang sangat mengelirukan fikiran sebenarnya,tak terfikir pun nak tulis tajuk seperti di atas tetapi disebabkan banyak benda yang ingin ditulis, jadilah tajuk di atas.

Sebenarnya dalam fikiran saya, banyak sangat benda yang ingin dikongsikan, tetapi bila difikirkan semula saya mesti menapis apa yang saya ingin tulis dalam blog. Saya ingin jadikan blog saya ini seperti apa sebenarnya? Seperti diari saya yang telah saya tinggalkan setahun lebih? Atau tempat ingin berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya akui disebabkan saya telah lama tidak menulis diari, jadi bila saya menulis, saya khuatir akan mula meluahkan cerita dan perasaan seperti dalam diari, jadi saya mesti berhati-hati.

Jadi, menulis di blog itu apa sebenarnya?

Ok, pertama sekali saya sangat bersetuju jika orang menulis di blog adalah untuk memberi ilmu. Banyak blog-blog yang kita tahu, yang boleh berkongsi ilmu agama, sains, matematik, ekonomi, perniagaan, motivasi dan bermacam lagi. Blog-blog tersebut amat sesuai untuk dibaca umum yang sememangnya blog tersebut ditulis oleh penulisnya untuk pengetahuan umum.

Blog-blog yang sering menceritakan pengalaman seseorang blogger juga bagus juga selagi pengalaman yang ditulis boleh memberi pengajaran dan ilmu kepada orang yang membaca.

Saya kurang bersetuju jika blog dijadikan seperti diari. Maksud saya, diari tempat meluahkan pelbagai rasa Saya kurang bersetuju, walaupun mereka boleh cakap “blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun”. Bukan apa, ianya menjadi kurang sesuai untuk bacaan umum dan sangat privasi. Hanya pendapat saya sahaja, tidak mengapa jika apa yang berlaku pada dirinya yang ditulis dalam blog itu untuk pengajaran tapi bila blog dijadikan tempat meluahkan marah, mengutuk, mengumpat dan macam-macam lagi, ia adalah salah satu sebab yang membawa fitnah.

Kalau ingin menulis juga penulisan seperti itu, ‘private’kan blog untuk diri sendiri sahaja.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti, blog saya ini untuk apa sebenarnya?? Yang pasti ia bukan privasi saya.