RSS

Jumaat, 20 Ogos 2010

ISTIMEWANYA MEREKA


Alhamdulillah, hari ini pejamcelik sudah masuk 10 Ramadhan 1431... Hari yang sangat indah, penghulu segala hari. Berada pada hari kesepuluh membuatkan ana tertanya-tanya apakah amalan yang ana lakukan sepanjang sepuluh hari Ramadhan datang membawa sinar keampunan yang melimpah ruah kepada hamba Allah. Cuma pada saat ini hati terdetik untuk menulis setelah beberapa bulan membuat blog ini mungkin kerana malas. (n_n).

Kembali kepada tajuk. Alhamdulillah hari ini ana diberi keempatan untuk berbuka puasa bersama ahli Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM). Majlis yang sederhana tapi amat bermakna bagi ana. Sebelum ini sahabat ana,yang juga istimewa pernah ajak ana utk mengikuti beberapa program PERMIUM, tapi ana tak pernah berkesempatan. Akhirnya, petang tadi, ana ke kolej ketujuh untuk majlis berbuka puasa. Perasaan ana pada awal melihat mereka yang istimewa ini (yg kebanyakannya cacat penglihatan) sangat sebak. Melihat seseorang yang mempunyai susuk tubuh yang sama dengan kita tapi tapi tak dapat melihat seperti kita.

Ana sempat bersembang dengan beberapa sahabat yang istimewa ni. Yang paling ana ingat Kak Aishatul, seorang mahasiswi Fakulti Ekonomi,umur 21 tahun,orang Sabah. Saat ana bersembang dengannya,hati ana sangat sebak dan menahan air mata, kagum dengan kekuatan yang Allah beri padanya. Dalam hati ana,"macam mana kalau aku jadi macam dia??". Ana tak dapat bayangkan macam mana kita yang celik ni tiba-tiba jadi buta. Nauzubillah. Diantara perbualan ana dengan Kak Aishatul.

Ana : Kak,akak tak nampak berape peratus? ( Walaupun ana rasa soalan ni tak sesuai ditanya)
Kak Aishah : Awak rase-rase barape?
Ana : Akak nampak sikit-sikit kot. ( Sebab mata dia celik same macam kita,bile bercakap dengan die, macam dia nampak kita)
Kak Aishah : Taklah. Akak memang tak nampak langsung. ( ana rase cam nak peluk die, ana yang sedih)
Ana : Yeke, akak dari lahir ke camni?
Kak Aishah : Taklah,dulu akak normal,mase form4 jadi camni sebab sakit.

Perbualan ana seterusnya tak berkaitan dengan keistimewaan akak tu. Ana rasa mereka sangat tabah,kita tak setabah mereka. Bayangkan, macam mana orang yang pernah melihat tiba-tiba ditarik nikmat melihat. Ana tak sekuat mereka.

Selepas pembukaan majlis, ada bacaan Al-Quran dari qari yang cacat penglihatan, ana ingat mana dia Afiq, tak ingat nama penuh. Masa ayat-ayat cinta Allah dibacakan beliau, ana tak dapat menahan air mata ana yang ditahan dari awal. Ana menangis. Ana tak dapat tahan dengar bacaan beliau bacaan yang sangat merdu walaupun menggunakan brail. Kita yang celik dan dapat melihat dengan sempurna ni pun kadang-kadang malas nak membaca al-Quran. Hati mereka sangat bersih,suci dari dosa mata mereka, sedangkan kita, dosa mata kita pun dah banyak mana,tak terhitung. Bacaan saudara Afiq tadi sangat menusuk ke kalbu.
Agak berterabur ayat ana ni, mengantuk. Fikirkan ayat ni.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al-A'raf:179

Fikir-fikirkanlah jenis mata yang bagaimana kita gunakan sekarang?


0 ulasan:

Catat Ulasan