RSS

Khamis, 23 Jun 2011

MENULIS di blog ITU APA SEBENARNYA??

18 Jun 2011

2.44 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang. Alhamdulillah, diberi peluang menggerakkan jari di atas keyboard notebook tersayang. Tajuk yang sangat mengelirukan fikiran sebenarnya,tak terfikir pun nak tulis tajuk seperti di atas tetapi disebabkan banyak benda yang ingin ditulis, jadilah tajuk di atas.

Sebenarnya dalam fikiran saya, banyak sangat benda yang ingin dikongsikan, tetapi bila difikirkan semula saya mesti menapis apa yang saya ingin tulis dalam blog. Saya ingin jadikan blog saya ini seperti apa sebenarnya? Seperti diari saya yang telah saya tinggalkan setahun lebih? Atau tempat ingin berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya akui disebabkan saya telah lama tidak menulis diari, jadi bila saya menulis, saya khuatir akan mula meluahkan cerita dan perasaan seperti dalam diari, jadi saya mesti berhati-hati.

Jadi, menulis di blog itu apa sebenarnya?

Ok, pertama sekali saya sangat bersetuju jika orang menulis di blog adalah untuk memberi ilmu. Banyak blog-blog yang kita tahu, yang boleh berkongsi ilmu agama, sains, matematik, ekonomi, perniagaan, motivasi dan bermacam lagi. Blog-blog tersebut amat sesuai untuk dibaca umum yang sememangnya blog tersebut ditulis oleh penulisnya untuk pengetahuan umum.

Blog-blog yang sering menceritakan pengalaman seseorang blogger juga bagus juga selagi pengalaman yang ditulis boleh memberi pengajaran dan ilmu kepada orang yang membaca.

Saya kurang bersetuju jika blog dijadikan seperti diari. Maksud saya, diari tempat meluahkan pelbagai rasa Saya kurang bersetuju, walaupun mereka boleh cakap “blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun”. Bukan apa, ianya menjadi kurang sesuai untuk bacaan umum dan sangat privasi. Hanya pendapat saya sahaja, tidak mengapa jika apa yang berlaku pada dirinya yang ditulis dalam blog itu untuk pengajaran tapi bila blog dijadikan tempat meluahkan marah, mengutuk, mengumpat dan macam-macam lagi, ia adalah salah satu sebab yang membawa fitnah.

Kalau ingin menulis juga penulisan seperti itu, ‘private’kan blog untuk diri sendiri sahaja.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti, blog saya ini untuk apa sebenarnya?? Yang pasti ia bukan privasi saya.

0 ulasan:

Catat Ulasan