RSS

Khamis, 13 Januari 2011

RIADAH DI TASIK VARSITI



Bismillah
Berkayak di Tasik Varsiti

Alhamdulillah, petang tadi sempat beriadah bersama kawan-kawan di Tasik Varsiti. Akhirnya dapat melepaskan keinginan untuk berkayak. Minggu lepas, bawak adik-adik usrah berkayak tapi tak cukup patner,so,aku jadi penonton je. Dalam hati,teringin sangat. Alhamdulillah, harini dapat kayak jugak.

Berkayak ni ada teknik-teknik dia. Masa kayak tadi, partner dengan kawan aku ni yang dah memang berpengalaman dalam kayak,kiranya ok la,dapat tunjuk ajar dia. Macam mane nak kayuh pendayung tu, macam mane nak belok kanan,kiri, macam mane nak berhenti, nak undur belakang..huhu..semuanya memerlukan teknik, ada cara-cara dia, kalau tak, mungkin akan terbalik dan mandilah kami dalam tasik yang harum tu. Sangat seronok dan banyak yang kelakar,biasalah pengalaman pertama. Lepas ni, nak ajak kawan-kawan lain pulak berkayak.

Dalam berkayak pun,ada cara-cara dan tekniknya, apatah lagi dalam kehidupan ni, Allah dah tetapkan pelbagai peraturan untuk kita hidup bahagia dan aman.

Analoginya beginilah, jika nak dikaitkan dengan berkayak. Pengkayak (ops,betul ke?? apa2 jela) kita anggapkan sebagai manusia dan kayak itu adalah kehidupan kita. Seorang pengkayak (pelik je) mestilah mendayung kayaknya dengan betul untuk sampai ke tempatnya, kalau tak, kayak tu akan ke tepi tebinglah, lalu bawah halanganlah, terkebelakanglah dan kemungkinan kayak akan terbalik juga. Sebabnya,nak berkayak ni bukan main hentam je, kalau tak,kayak tu tak bergerak dan hanya mengikut arus air. Sepanjang masa berkayak, memang banyak masalah, kita akan bertembung dengan kayak orang lain dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya, kita kan sampai kehujung tapi semuanya dengan keadaan yang berbeza dengan kawan-kawan lain, ada yang basah kuyup, ada yang mandi, ada yang tak basah langsung.

Begitulah juga sebagai manusia,kita perlu berhati-hati membawa perjalanan hidup ini. Yang hakikatnya, kita menuju Ilahi. Mungkin di tengah perjalanan tersebut banyak halangan dan dugaan tapi akhirnya kita akan sampai dengan cara yang berbeza dengan orang lain, ada yang sampai dengan membawa amalan-amalan, ada yang membawa bebanan dosa, ada yang membawa hutang yang tak dilunaskan dan macam-macam lagi.

Ini bukan gambar kami berkayak.


Harap-harapnya,semua boleh faham dengan analogi yang tiba-tiba muncul ni.


0 ulasan:

Catat Ulasan