RSS

Khamis, 23 Jun 2011

MENGAPA ‘ENDING’NYA MESTI BERTIGA

18 Jun 2011

3.20 pm

No 1071 Felda Keratong 5

Bismillah. Entry sebelum ini adalah disebabkan sudah berbulan membiarkan blog ini keseorangan. Jadi entry kali ni saya ingin berkongsi tentang dua buah novel e-book yang saya baca sepanjang 2 miggu di rumah. Berada di rumah tanpa internet dan tidak bekerja sangat bosan, yang boleh buat hanya latihan sebagai surirumah sahaja. Jadi, bila menyelongkar apa yang ada dalam notebook, terjumpa 2 buah novel yang pernah saya download.

Sejujurnya saya bukanlah peminat novel. Kalau setakat cerpen,saya minatlah jugak sikit. Novel yang pernah saya baca betul-betul ialah karya Ustazah Fatimah Syarha iaitu Tautan Hati. Dan satu novel masa sekolah menengah dulu. Konklusinya saya memang bukan peminat novel. Tapi, baru-baru ni, saya suka baca novel bersambung-sambung di blog perindusyahidfillah.blogspot.com, blog kakak usrah saya. Hehe, ada sedikit perubahan pada saya terhadap novel.

Kembali kepada novel yang saya ingin kongsikan iaitu yang pertama ‘Antara Dua Bidadari’ karya Iqbal Syarie yang saya download dari blog beliau iaitu iqbalsyarie.blogspot.com. Novel yang kedua bertajuk ‘Bidadari Untuk Ikhwan’ karya Fajar Agustanto yang saya download dari www.bahantarbiyyah.com . Sebuah novel Indonesia. Wah, saya baru perasan, tajuknya hampir sama,BIDADARI.

Ok, novel yang pertama, mukasurat sebanyak 380. Seperti yang saya beritahu, saya bukan peminat novel, jadi saya baca lompat-lompat tapi tak bermaksud saya tidak faham jalan ceritanya. Novel ini menceritakan tentang Johari, seorang anak orang kaya. Aisyah, kawan Johari semasa kecil, tinggal di Australia dan baru berpindah ke Malaysia. Dan Nasuha, pelajar UIAM.

Johari, walaupun keluarganya orang berada tetapi amat mematuhi agama, diceritakan juga mereka sekeluarga sering berjemaah di masjid. Manakala ayah Johari ialah pengerusi masjid. Johari juga sering berjumpa dengan pelajar-pelajar IPT untuk berdakwah. Apabila Aisyah balik dari Australia, dia masih tetap dengan cara berpakaian dan kehidupan barat, dalam masa yang sama dia rapat semula dengan Johari. Johari pula berusaha menjejaki junior dan juga kekasihnya semasa sekolah menengah iaitu Nasuha, dia ingin melamar Nasuha. Tetapi Johari terlambat kerana Nasuha telah dikhitbah sahabat Johari sendiri, Azzam. Aisyah yang ingin berubah untuk menjadi muslimah sejati akhirnya dikahwinkan dengan Johari walaupun Johari sangat ingin memperisterikan seorang yang sedia solehah seperti Nasuha. Nasuha pula menerima ujian hebat apabila tunangnya meninggal dunia pada hari perkahwinan Johari. Sebelum meninggal,Azzam berpesan supaya menjaga Nasuha. Endingnya nanti dulu…

Novel Bidadari untuk ikhwan pula ada 135 mukasurat sahaja. Jadi saya tak ada masalah untuk membacanya, saya baca setiap mukasurat sebab ada perkataan yang tidak difahami, jadi lebih baik baca betul-betul supaya tidak salah faham. Novel ini sangat menarik bagi saya. Banyak menceritakan tentang kehidupan pelajar yang aktif dengan persatuan dakwahnya, masyarakat kampong yang susah, pelajar kristian yang meminati agama islam, cara pelajar berdakwah dan macam-macam lagi. Sangat menarik, saya syorkan anda membacanya walaupun ianya dalam Bahasa Indonesia tapi ia bukan masalah.

Watak utama dalam novel ini ialah Khalid, seorang pelajar tahun akhir yang sangat aktif dalam persatuan dan dakwahnya. Ada yang menarik antara dia dan pensyarahnya semasa dia menyiapkan tesisnya. Nova, seorang penganut kristian, ayahnya seorang pendeta tapi dia berminat dengan islam, belajar di tempat yang sama dengan Khalid. Farah juga seorang pelajar yang aktif dalam persatuan. Ketika Khalid ingin menyiapkan tesisnya tentang hukum islam, dia berbincang dengan pensyarahnya yang tidak setuju dengan cara aktivis islam,tetapi Khalid memberikan hujah-hujah yang membuka pemikiran pensyarahnya itu. Satu ketika, Khalid dijodohkan dengan Farah oleh murabbinya dalam masa yang sangat cepat, mereka bernikah tanpa memberitahu rakan-rakan yang lain. Pada hari walimah mereka, ramai rakan-rakan yang terkejut kerana rupa-rupanya Khalid yang berkahwin dengan Farah. Selepas mereka berkahwin beberapa minggu, Farah telah hilang. Tanpa pengetahuan Khalid, Farah menyelamatkan Nova yang cuba dicari oleh bapanya kerana dia memeluk islam. Endingnya gi mana sih…

Hmm..saya gagal membuat synopsis yang baik. Synopsis di atas yang mudah sahaja, keseluruhannya, kena baca sendiri novel ini.

Kembali kepada tajuk…mengapa ‘ending’nya mesti bertiga??

Ya..akhirnya poligami…’no comment’.. tetapi saya tak suka ‘ending’nya begitu.

0 ulasan:

Catat Ulasan