sesungguhnya kebahagiaan itu adalah impian yg diimpi-impikan manusia,oleh itu,ianya terletak pada ketulusan hati sanubari sendiri dan ia tidak datang dari luar hati~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~
Alhamdulillah, hari ini 30 rejab 1433H bersamaan 21 Jun 2012. Sudah 23 tahun usiaku mengikut tahun hijrah. Allahurobbi, menilai balik diri ini sejak 23 tahun yang lalu, tidak tahu amal mana yang di angkat Allah, amal mana yang betul-betul ikhlas dilakukan yang akan menjadi penyelamat diri dari azab neraka. Juga tiada siapa tahu berapa lama lagi aku dihidupkan, mungkin sehari lagi, seminggu lagi, setahun lagi, dua puluh tahun lagi. Memang ajal itu rahsia Allah, hanya Dia yang tahu.
Salam, aduh, malu sungguh saya harini. Baru dapat mesej, "Salam akak, usrah berkumpulan bila nak start?". Sungguh malu, adik itu yang hubungi saya dulu. Mana nak letak muka jumpa diorang nanti. Aisehhh.. Allahurobbi..saya baru nak panas enjin mencari bahan untuk usrah first, adik tu dah bertanya. Dia kata dia excited.Wahh..naqibah dia ni mesti sepuluh kali excited dari dia. Allahu, saya memohon kekuatan daripada Allah untuk memulakan langkah ini. Mensucikan niat untuk sama-sama berkongsi tentang keindahan Islam. Moga dengan usaha yang sedikit ini, dapat membantu Islam dan semoga dirahmati Allah.
Salam..pagi-pagi macam ni,tenang sangat dengar ni sambil study..ohh! study la sangat saya ni.. :) Sekarang tengah final exam semester dua tahun dua, bermakna ada tiga semester lagi untuk habis degree, InsyaAllah, moga Allah izinkan saya tamatkan degree dalam tempoh tersebut. Sudah dua paper berlalu, Plant Biotechnology dan Human and Animal Physiology, ada lagi empat yang menanti Principles Of DNA Recombinant, Animal Biotechnology, Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam dan Metodologi Penyelidikan Syariah.
Last paper on 19th of June 2012.. Sedih sebab tak dapat hadir ke walimah kakak usrah saya di Kelantan pada 16 jun. Kalau habis exam awal, insyaAllah saya pergi tapi tak dapat jugak lagi satu Kelantan jauh dari KL.
p/s: Bila sebut Kelantan, saya teringat UM Nilam Puri..Allahurobbi betapa saya sangat rindu Bumi Tarbiyyah itu. Moga Allah sentiasa merahmati penuntut dan juga pensyarah di sana.
First of all, saya dicabar untuk menulis dan saya cemburu dengan orang itu.(n_<).
Secondly,memang banyak yang ingin ditulis tapi saya malas. Tapi kali ni saya tulis sebab saya nak kawan-kawan tersayang saya baca. Oh ya, alhamdulillah,i am 22 years old now, thanks to Allah for all of his infinity of nikmat. Terima kasih pada Ma dan Abah yang banyak berkorban untuk 22tahun ini.(oho, mereka tak baca pun ni.)
This entry actually for my beloved freinds till jannah..wani yang semakin 'maju' bersama nana (duduk hillpark baik-baik ye syg!), tim yang semakin hari semakin kaya (jangan lupa belanja saya tudung ye syg!), simah yang semakin laju bekerja ( bawak moto jangan laju dah ok syg!), jiha yang semakin sibuk (moga terus berusaha ye syg! ), ira dan nuril yang semakin kurus saya tengok ( takmo kurus-kurus sangat ye syg!), umi yang semakin comel (moga istiqamah menjaganya ye syg!).. love you all so much..
ALLAHUAKBAR, tak dapat digambarkan bagaimana indahnya ia,
sahabat hingga ke syurga!
ku tahu kita sama banyak kekurangannya,
ya, mana ada manusia sempurna,
tapi Allah berikan kau dalam hidupku,
sama-sama kita perbaiki,
menambah apa yang kurang pada diri,
menegur apa yang salah,
mengingatkan amal yang soleh.
sahabat hingga ke syurga!
nikmatnya, di jalan ini aku bersama kalian,
sama-sama mencari redha Yang Esa,
memang aku tak upaya jika sendiri,
jadi, Dia memberi kalian pada aku,
agar, setiap yang dilalui penuh berhati-hati.
sahabat hingga syurga!
ku harap redhaNya dalam ukhuwah ini membawa kita ke jannah.
lastly, saya sangat gembira hari ini sebab dapat kumpul dengan mereka walaupun tak semua. Thankz sangat-sangat.. dan, lagu itu untuk kalian..:)
"Jika kamu ditanya oleh seseorang, apakah seruan dakwah kamu? Maka jawablah kepada mereka, kami hanya menyeru kepada islam yang didatangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah salah satu kewajipannya, jika dikatakan kepada kamu bahawa kerja kamu ini adalah berbentuk politik, maka katakanlah kepada mereka; ini ialah Islam, kami tidak pernah mengenal erti juz'ie (antara satu aspek dengan aspek yang lain)."
"Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahuku dari kamu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini serta melebihkan kearah tempat tinggal yamg kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan petunjuk Al-Quran."
"Sesungguhnya kami menyerumu, dan Al-Quran itu di tangan kanan kita dan sunnah di sebelah kiri kita dan amal salafus saleh dari ummat ini adalah ikutan kita, kami menyerumu kepada islam serta panduan Islam hukum hakam dan petunjuk islam jika sekiranya semua ini adalah daripada hal politik pada anggapan kamu maka inilah politik kami. Jika sekiranya sesiapa yang menyeru ke arah dasar-dasar politik maka kamilah orang yang semulia-mulia berpolitik dan segala puji bagi Allah di dalam politik ini, jika kamu mahu untuk menamakan ini sebagai politik maka katalah sesuka hati kamu sekali-kali tidak memberi mudharat sedikit pun bagi kami akan nama-nama tersebut, apabila tersingkap nama-nama maka muncullah matlamat."
nama diberi abah, Siti Norain binti Haji Muhamad.Pelajar ijazah sarjana muda sains gunaan dengan pengajian islam pengkhususan bioteknologi di Universiti Malaya.5tahun dididik di Sek.Men.Keb.Agama Pahang.1tahun ditarbiyyah di Nilam Puri Kelantan. Alhamdulillah...(n_n)